Petua apabila terkena minyak panas dengan hanya menggunakan tepung.
Baru-baru ini sedang saya sibuk memasak di dapur, saya terkena percikan minyak panas di bahagian tangan. Lalu saya teringat tentang petua yang saya pernah baca di facebook, dengan hanya menggunakan tepung jagung. Alhamdulillah berkesan dan parut lansung tiada. Kalau sebelum ini saya kalau terkena minyak panas, air panas atau apa-apa saja yang panas saya akan alirkan pada air mengalir selama beberapa minit dan juga menyapu ubat gigi tapi nampak cara-cara tersebut tidak berapa berkesan pula.
Hanya menggunakan tepung jagung?
Ya betul
Petua tersebut menggunakan tepung jagung saja.
Cara-caranya ialah
1. Bila terkena minyak panas atau air panas atau apa-apa yang boleh membuatkan kulit melecur, cepat-cepat ambil tepung jagung dan tekapkan pada kulit. Kuantiti tepung jagung tu kira-kira segenggam tapi jangan banyak sangat, nanti membazir pulak. Agak-agak ia boleh menutup rata kawasan yang terkena minyak panas
2. Biarkan sekejap dalam 10 minit-15 minit.
3. Insya ALLAH kulit atau kawasan yang terkena minyak panas atau air panas tu akan elok seperti sediakala dan kulit tidak melepuh dan menggelembung. Sakit pun berkurang. Parut pun takde insha ALLAH.
4. Petua ini hanya boleh digunakan sekiranya kawasan yang terkena minyak panas itu tidak besar dan tidak teruk. Sekiranya teruk, kecederaannya besar dan parah TOLONG bawa jumpa doktor!
Kesimpulannya simpanlah stok tepung jagung di rumah. Bukan hanya untuk tujuan memasak tapi boleh membantu di saat-saat kecemasan terkena minyak panas.
No comments:
Post a Comment