Restoran 9 Lakes ini terletak di Taman Tasik Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Poskod dia tertulis di Seremban. Tapi disebabkan lokasinya di Taman Tasik Jaya, jadi saya katakan lokasinya terletak berhampiran Senawang, dekat dengan Lavender Heights dan Kampung Sentosa Paroi. Jadi boleh agak tak di mana restoran ini terletak? Restoran 9 Lakes ini sangatlah dekat dengan rumah mak abah saya. Tak sampai 500m rasanya. Dari pagar rumah mak abah saya boleh nampak lip lap terang benderang restoran ni. Memang nampak meriah. Amacam ada gaya pengacara jalan-jalan cari makan tak? Ahaha
Menu yang dihidangkan sama macam restoran lain cumanya portion dia besar. Kalau makan sorang memang kenyang sangat.
Contoh menu yang ada, mee goreng, koay tiaw goreng, nasi goreng.
Makanan western pun ada antaranya chicken chop, fish and chip, fries,
burger dan lain-lain. Dan presentation dia tu nampak agak menarik.
Beberapa kali juga dah makan di sini dan antara menu yang saya pernah
rasa Chicken Chop dan Fish and Chip. Rasa Chicken Chop yang mereka
sediakan unik sebab mereka salut dengan rempah ratus seperti jintan
manis dan biji ketumbar. Fish and Chip dia pun not bad. Ini menu yang
abah saya suka sangat. Kalau makan di sini mesti order Fish and Chip.
Harganya pun lebih kurang macam di restoran lain juga.
Yang
paling saya suka, ambience dia lah. Dia start operasi petang hingga
malam. Penuh dengan hiasan lampu dan tema dekorasinya "makan dalam
taman". Suasananya pun hening dan romantik. Kalau korang nak sambut
anniversary, restoran ni sangatlah sesuai sebab cara susun atur kerusi
meja dia tu nampak ekslusif dan privacy. Dia tak hingar bingar dan
bingit macam sesetengah restoran lain yang bila korang bersembang, meja
sebelah pun boleh dengar apa yang korang sembangkan.
Mereka juga menyediakan perkhidmatan katering kalau korang nak buat majlis makan-makan, majlis pertunangan, akikah dan lain-lain. Boleh dapatkan maklumat lanjut dalam facebook page mereka.
Waktu operasi : 5 petang- 11.30 malam
facebook page https://www.facebook.com/9LAKES.NS/
Alamat:
26, Jalan Bunga Raya 13, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon:
011-2332 0309
No comments:
Post a Comment