Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday, 22 December 2017

Sedapnya seaweed nori yang saya makan di Jepun!

Saya berpeluang menikmati seaweed
atau rumpai laut jenis nori  semasa berada di Osaka.

Ia diletakkan bersama onigiri iaitu nasi kepal jepun
yang mempunyai bermacam inti dan perisa.

Nori ialah kepingan seaweed kering yang dijadikan penyedap
dalam makanan orang-orang Jepun.

Pertama kali masuk dalam mulut, memang sedap rasanya.
Lansung tak berbau hanyir.

Ia agak rangup seolah-olah seperti kerepek,
tapi dia tidak keras seperti kerepek. 

Seaweed ini membalut nasi kepal
tapi yang uniknya ialah pada cara pembungkusannya
yang menghalang seaweed itu dari bersentuh dengan nasi.

Ada lapisan plastik lain yang mengasingkan nasi dengan seaweed. 

Cara makan Onigiri

Ada cara step by step untuk makan onigiri tu. 

Bila kita nak makan, tarik plastik onigiri tu satu persatu,
ikut step-step yang tertulis di plastik onigiri.

Bila plastik dah ditarik, barulah seaweed itu bersentuhan dengan nasi.
Tujuan dia asingkan seaweed dan nasi  supaya seaweed tak rosak dan lembik.

Haaa beriya kan saya cerita. Kahkahkah.


Onigiri pulak ada pelbagai perisa, tuna mayo, salmon, grilled salmon,
salted salmon dan macam-macam lagi. 

Inilah rupa seaweed yang saya maksudkan.


Saya pinjam dari google image sebab tak terfikir pun nak ambik gambar.
Dalam onigiri tu, saiz seaweed besar macamni lebih kurang.

sumber foto: wikimedia
Terkenang-kenang seaweed di Jepun

Sampai sekarang ni dah ada kat Malaysia,
saya masih terkenang-kenangkan kesedapan seaweed nori ni. 

Haritu sanggup pergi AEON Seremban 2 cari onigiri 
semata-mata nak makan dia punya seaweed. 

Tapikan jujurlah saya cakap, seaweed yang saya beli dari AEON 
tak sesedap macam di Jepun. 

Sedap tu sedaplah jugak tapi yang di Jepun lagi sedap.  

Barangkali sebab Jepun antara pengeluar terbesar seaweed 
jadi diorang lebih pakar hasilkan seaweed yang sedap dan rasanya fresh.

Family Mart telah buka canwangan di Malaysia

Sekarang ni ada beberapa cawangan Family Mart telah dibuka di Malaysia. 
Mereka ada jual onigiri. 
Jadi lepas ni bolehlah kita ke sana cari onigiri. 


Onigiri Family Mart sumber foto: wikimedia

Onigiri yang dijual di Jepun 
bukannya kita boleh makan semua sebab ada yang bercampur dengan bahan tak halal 
seperti alkohol (mirin) atau bahan yang diekstrak dari haiwan. 


Kalau ikut info di website halal-navi.com,  
mereka maklumkan ada dua jenis saja onigiri yang boleh dimakan 
di seven eleven Jepun iaitu salted onigiri dan salmon onigiri. 

Di outlet Family Mart pulak, hanya salmon onigiri saja yang disahkan halal. 
Jadi untuk korang yang teringin nak makan onigiri semasa berada di Jepun, 
hati-hati ya!


Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment