3 aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi emosi yang sedang kacau bilau
1. Cari cahaya matahari dan udara segar sebanyak-banyaknya.
Siang tadi ada terbaca status sorang kawan di facebook. Kata beliau, di rumah bukalah tingkap luasp-luas bagi cahaya dan udara segar masuk ke dalam rumah kerana rumah yang kurang menerima cahaya matahari dan pengaliran udara yang terhad akan beri kesan negatif pada emosi. Saya sangat bersetuju sebab saya pernah alaminya sendiri. Berlaku selepas saya melahirkan anak, saya hampir masuk ke fasa kemurungan kerana keadaan anak yang lama berada di NICU ditambah lagi keadaan kesihatannya pada waktu itu yang membimbangkan. Waktu itu saya berpisah sebentar dengan anak sementara saya duduk di rumah untuk beberapa hari (doktor yang suruh saya balik berehat di rumah kerana di NICU saya stress).
Di rumah, saya menangis setiap hari kerana rindu, sedih dan risau dengan tahap kesihatannya. Menangis saja kerja saya dan saya hanya mahu berkurung di dalam bilik yang gelap. Langsir tidak dibuka menyebabkan suasana di dalam bilik menjadi sangat suram. Sampai satu hari tu saya tiba-tiba tersedar yang saya tidak boleh berterusan berada dalam keadaan macam tu. Ibu-ibu yang baru lepas melahirkan anak akan mudah terkena postpartum depression sekiranya kesedihan dan emosi negatif tidak diatasi segera. Saya bangkit dari katil. Buka langsir luas-luas dan buka televisyen untuk menghadirkan suasana ceria di dalam rumah. Alhamdulillah cahaya matahari dan suasana yang ceria memberikan saya semangat baru untuk saya terus berjuang mendoakan kesihatan anak saya.
Haruman mampu memberikan ketenangan kepada emosi yang sedang haru biru. Kalau tak percaya boleh cuba letak apa-apa haruman berhampiran anda. Pilihlah bau yang sedap-sedap, bukan bau yang tengik dan buat anda tak selesa. Setiap orang lain citarasanya. Saya suka bau pewangi dari jenama Glade jenis Morning Freshness dan Ocean Escape. Bila bau pewangi jenis ini, emosi terbuai-buai seolah-olah seperti sedang bercuti di tepi pantai yang indah.
3. Tulis senarai kesyukuran anda
Tulis jelah apa-apa nikmat yang anda dapat pada hari itu. Dari sekecil-kecil nikmat seperti masih dapat menatap wajah anak bila bangun dari tidur, dapat menikmati sarapan pagi yang sedap dan mengenyangkan, tubuh badan yang sihat walafiat. Tulis Saja. Nanti mood anda yang tengah kacau bilau tu berubah mood positif, Insha ALLAH.
Jadi sekiranya emosi anda sedang kacau bilau dan tidak tenang, cuba buat aktiviti-aktiviti di atas. Mana tahu sedikit sebanyak dapat membantu :)
No comments:
Post a Comment