Minuman buatan Jepun ini kelihatan seperti air mineral tetapi rasanya seperti teh susu. Haa panjang berjela tajuk, ahaha.
Sekali pandang memang nampak macam air mineral. Tapi bila dah sekali rasa, rasanya saling tak tumpah seperti teh susu. Cuma bezanya ialah rasanya kurang manis berbanding teh ais atau teh tarik yang biasa kita minum di kedai makan.
Khabarnya minuman ini sudah sampai ke Malaysia. Kalau korang teringin nak rasa boleh dapatkan di Aeon dan Family Mart Malaysia kalau tak silap saya. Kalau anda ke Jepun pula, selain di vending machine, air ini juga ada dijual di Lawson, Seven Eleven dan Family Mart.
Sedapnya air I Lohas perisa peach
Ada satu lagi air minuman yang saya nak cerita. Air ini saya sangat suka sebab rasanya yang sedap dan menyegarkan. Nama minuman ini, I Lohas, perisa peach.
Dia ada beberapa perisa lagi tapi yang saya berkesempatan merasa, perisa peach.
Kalau anda ke Jepun, tolonglah beli air ni dan anda takkan menyesal beli sebab sangat sedap ok! Kalau minum air ni sejuk-sejuk, lagilah sedap. Air ini banyak dijual di vending machine dan convenience store juga.
Oleh kerana saya tak ambil gambar air minuman, maka saya tak dapatlah
saya kongsikan gambarnya. Anda boleh google produk ini untuk dapatkan maklumat tentangnya.
No comments:
Post a Comment