Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday, 7 January 2018

Pemandangan waktu petang yang indah di Tasik Putrajaya

Semalam, hari Sabtu saya dan keluarga mertua ke Putrajaya untuk melihat suasana dan pemandangan petang di sana. Sesampai di sana, kami parking di kaki lima tak jauh dari Dataran Putrajaya. Kelihatan banyak kereta diletakkan di kaki lima jalanraya.  Maklumlah hujung minggu, Putrajaya menjadi tempat tumpuan orang ramai.

Masya ALLAH sangat indah pemandangan yang dapat dilihat di sini. Suasana di sekitar Tasik Putrajaya yang hening. Matahari mula terbenam. Cahaya merah jingga menyimbahi langit Putrajaya menyerlahkan keindahannya.

Dataran Putrajaya merupakan salah satu tempat tumpuan orang ramai selain Masjid Besi yang juga mempunyai tasik. Pemandangan di sekitar Masjid Besi tak kurang juga indahnya. Kami juga sempat melihat belon udara panas yang sedang naik ke udara.





















Bila azan maghrib berkumandang, kami bergerak ke Masjid Putra pula untuk menunaikan solat maghrib. Boleh tahan juga ramai orang yang berada di Masjid Putra, mereka juga barangkali sama macam kami, nak beriadah dan melihat pemandangan di Putrajaya. 

Selesai solat maghrib, kami lepak di sekitar dataran Putrajaya pula. Di sini bermacam-macam aktiviti yang dapat dilihat. Ada yang bermain kereta control, merasai pengalaman menaiki  kereta kuda, ada yang main basikal dan roller blade dan macam-macam aktiviti lagi yang boleh dilihat.  Peniaga juga tak melepaskan peluang menjaja jualan mereka di sini. 

Putrajaya adalah salah satu lokasi yang anda harus pergi sekiranya tercari-cari tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Bandar Baru Bangi.   Bukan saja pemandangannya dan suasana petangnya yang indah, anda boleh lihat macam-macam bangunan dibina dengan rekabentuk yang aneh. Boleh juga bermalam di Putrajaya. Jangan risau tentang penginapan kerana ada banyak hotel di Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Tempat makan pun ada banyak di sekitar Putrajaya, antaranya di Ayer 8 dan Taman Warisan Putrajaya. Kesimpulannya memang tak risaulah tentang tempat solat, tempat makan dan tempat bermalam bila anda datang ke Putrajaya.


No comments:

Post a Comment