Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday, 4 February 2018

Sekali lagi ke Klana Beach Resort Port Dickson, trip 2018

Aku dan keluarga baru saja pulang dari percutian 2 hari 1 malam 
di Klana Beach Resort Port Dickson, untuk kali kedua. 

Kami bertolak dari Bangi lebih kurang pukul 2.30 petang. 
Perjalanan smooth saja 

tapi sampai saja di tol highway plus exit Seremban Port Dickson, traffic jam yang agak teruk. 

Kemudian perjalanan ke Port Dickson juga smooth 
dan kami melalui satu jalan highway alternatif (mengikut panduan dari Waze). 

First time kami lalu jalan pintas ke Telok Kemang. Tak banyak kereta.  

Rasanya yang tahu jalan ini mungkin penduduk tempatan. 


Kami dua keluarga. 

Keluarga aku dengan keluarga adik ipar. 

Keluarga aku menginap di bilik Superior Sea View, adik ipar menginap di Deluxe Sea View. 

Yang bilik Deluxe Sea View lebih luas. 

Boleh memuatkan sehingga 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. 

Aku tengok seronok je anak saudara aku sebab biliknya yang agak luas.

Bilik aku pula standard macam bilik hotel biasa 
tapi amenities dan perabot aku rasa sama saja untuk semua jenis bilik. 

Bilik jenis superior juga boleh memuatkan dua orang dewasa 
dan dua orang kanak-kanak.  

Hotel ni rare sebab mereka ada sediakan sejadah, kain pelekat dan telekung dalam bilik. 

Yelah, hotel ni di bawah seliaan MAINS dan JAWHAR. 

MAINS adalah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. 

JAHWAR ialah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji. Thumbs up untuk usaha mereka ini. 





bilik Deluxe sea view



deluxe sea view




Lautan yang membiru







Katil dan bantal empuk!

Best baring. Dah baring rasa taknak bangun. Ahaha.

Aku pernah cerita tentang bilik Klana Beach di entry  >>ini<<.

Air lautnya biru.

Selalunya kita dengar laut yang sebelah Selat Melaka tak cantik.

Maka kenyataan ini salah sebab pantai Port Dickson pun tak kurang cantiknya macam pantai lain yang terkenal.


Lepas solat asar, kami keluar makan di restoran seafood yang tak jauh dari hotel.

Maaflah, aku lupa nama restoran ni.
Yang aku tahu lokasinya terletak di hujung deretan kedai yang sederet dengan mini market Mesra dan seberang jalan dengan stesyen minyak Caltex.

Alhamdulillah, makanan yang dihidangkan not bad rasanya.

Harga semua sekali RM67 untuk 6 orang makan.

Makanan yang kami order nasi putih, sayur kailan ikan masin, tomyam ayam, telur dadar, daging maska merah dan ayam goreng kunyit dan air tembikai satu jag.

Kalau bercuti di Port Dickson, tak perlu risau tentang makanan sebab restoran sangat banyak.

Klasik, bumbung daun rumbia

dah makan baru teringat nak ambik gambar




Lepas makan, jalan-jalan sekitar hotel dan tengok pemandangan indah matahari terbenam.

Meriah je suasana budak-budak mandi manda di kolam mandi.

Ada gelongsor baru di kolam renang

Pihak hotel dah tambah gelongsor di kolam kanak-kanak.

Macam best je! Dulu takde gelongsor.

Kalau ada gelongsor di kolam mandi dewasa mesti best jugak haha. 








Balai cerap dan pemandangan senja. Indahnyaaa


Kemudian balik bilik bersiap-siap solat maghrib dan isyak lepastu baru turun bawah.

Di perkarangan hotel diadakan PASMA night, iaitu jualan amal makanan dan minuman yang dianjurkan oleh hotel. 




Lepas makan, naik ke balai cerap pulak.

Tahun 2016 kami berpeluang tengok kawah bulan.

Kunjungan kali ke dua ni, kami tengok bintang pula.

Oleh kerana bulan belum naik maka kali ni tak dapatlah tengok bulan huhu.  

Esoknya sarapan pagi, kami ke cafe yang terletak di ground floor.

Alhamdulillah makanan memuaskan hati.

Makanan yang disediakan, nasi lemak, meehun, omelette, kentang goreng, roti bakar, mee goreng, teh tarik dan kopi, buah-buahan, pudin roti, salad, cereal dan lain-lain.

Secara keseluruhannya, aku sukakan Klana Beach Resort
kerana servis yang mereka sediakan dan pemandangan yang superb.

Satu saja yang aku kurang selesa, masa aku menginap tu,
bilik aku agak sedikit berbau asap rokok.

Walaupun hotel sudah menetapkan peraturan larangan merokok,
masih ada yang berdegil.

Apapun, insha Allah kalau datang ke PD, hotel ni akan masuk dalam list aku untuk menginap.


Klik link ini untuk tempahan melalui Agoda >>>Klana Beach Resort Port Dickson<<<

No comments:

Post a Comment