Di Langkawi, Pantai Cenang selalu menjadi pilihan pelancong untuk bermalam dan bercuti. Di sini terlalu banyak hotel dan chalet untuk dipilih. Selain itu pantainya indah, tenang dan landai juga sesuai untuk mandi manda. Ia juga menjadi tarikan pelancong kerana suasananya yang agak meriah berbanding kawasan lain di Langkawi.
Aktiviti yang boleh dilakukan
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti air seperti parasailing, jet ski dan lain-lain.
Restoran dan kedai makan
Terdapat banyak restoran tempatan dan antarabangsa dengan harga standard hinggalah harga premium. Bukan sekadar restoran yang menyajikan makanan tempatan, tetapi juga hidangan dengan citarasa antarabangsa seperti timur tengah dan barat.
Tetapi untuk muslim, sila berhati-hati kerana mungkin ada restoran yang menjual makanan dan minuman yang tidak halal.
Kedai cenderahati
Di pantai Chenang, anda akan melihat deretan kedai cenderahati di sepanjang jalannya. Anda boleh membeli belah barangan cenderahati seperti t-shirt, pakaian kasual, topi dan lain-lain untuk diri sendiri atau diberikan kepada rakan-rakan dan saudara mara.
Kemudahan
Tidak perlu risau jika kehabisan wang tunai kerana di Pantai Chenang terdapat kemudahan seperti mesin atm.
Memandangkan Pantai Chenang merupakan lokasi tumpuan pelancong asing, maka harga barangan yang dijual di kedai runcit agak mahal berbanding di tempat lain.
Suasana pada malam hari
Pantai Chenang merupakan kawasan tersibuk di Langkawi baik siang mahupun malam. Anda boleh lihat suasana sibuk pelancong yang berjalan-jalan di kedai-kedai yang ada di sepanjang Pantai Chenang. Selain itu di sini juga sentiasa bising dengan bunyi kenderaaan yang lalu lalang.
Pada pendapat saya, Pantai Chenang tidak sesuai untuk mereka yang ingin bercuti dalam suasana tenang, jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk kenderaan.
Tarikan terdekat
Underwater World
Underwater World terletak di Pantai Cenang. Ia memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat hidupan laut dengan lebih dekat. Selain ikan dan hidupan laut yang kita biasa lihat, pengujung berpeluang melihat burung penguin yang tiada di Malaysia.
Waktu operasi: Isnin- Ahad , 10 a.m-6 p.m
Tarikan terdekat
Underwater World
Underwater World terletak di Pantai Cenang. Ia memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat hidupan laut dengan lebih dekat. Selain ikan dan hidupan laut yang kita biasa lihat, pengujung berpeluang melihat burung penguin yang tiada di Malaysia.
kredit page FB Underwater World Langkawi |
Kedit page fb: Underwater World Langkawi |
Waktu operasi: Isnin- Ahad , 10 a.m-6 p.m
No comments:
Post a Comment