Singgah sebentar di masjid tertua Johor, Masjid Jamek Sultan Ibrahim
Dari Tanjung Emas kami bergerak untuk pulang ke hotel kami.
Kami sempat singgah di Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang terletak bersebelahan Sungai Muar.
Masjid ini merupakan masjid tertua di Johor,
dan pembinaannya bermula pada tahun 1925,
menggantikan bangunan masjid lama yang dibina pada tahun 1884 dan 1887.
Mungkin kerana bangunan asal masjid
tidak dapat menampung jamaah yang ramai dan juga kerana keuzurannya,
maka mereka membina sebuah masjid yang baru di tapak yang sama.
Nama asal masjid ini ialah Masjid Jamek Muar.
kisah pembinaan masjid |
Rekabentuk masjid ini unik
kerana ia bercirikan rekaan zaman kolonial (British),
ciri-ciri tradisional Melayu dan Islam.
Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM400,000
dan dana pembinaannya hasil pembiayaan kerajaan negeri Johor,
Khairat Ahli Negeri Johor Darul Takzim dan sumbangan orang ramai
(sumber dari www.muziummuar.blogspot.com).
Bila sampai di masjid ini,
suami sayalah yang paling excited
kerana dia peminat sejarah nombor 1 dalam keluarga saya.
uniknya pintu pagar masjid |
Dengan terbinanya masjid ini,
maka masyarakat sekitarnya mempunyai sebuah masjid untuk menunaikan solat jumaat dan solat fardu,
di samping menjadi pusat aktiviti keagamaan seperti sambutan Maulidur Rasul, ceramah agama.
Sememangnya negeri Johor juga terkenal sebagai sebuah negeri yang kuat berpegang dengan kefahaman amalan agama Islam sejak dahulu lagi.
Kami tak masuk ke dalam masjid kerana perut dah lapar,
nak cari makan malam pula
dan destinasi kami seterusnya, Wetex Mall dan kemudian pulang semula ke hotel penginapan kami
No comments:
Post a Comment