Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday, 3 April 2018

Selamat tinggal Muar Bandar Maharani. Melaka kami datang!

Setelah tamat cuti-cuti kami di bandar Muar selama dua hari 1 malam, kami bertolak ke Melaka pula. untuk menyambung cuti di sini. Jujurnya tak puas berada di Muar. Tak sampai 24 jam kami berada di Muar, apapun  saya berharap akan dapat datang lagi ke Muar dan pergi ke destinasi-destinasi menarik yang lain yang ada di Muar.




Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berbangga dalam Malaysia ada sebuah bandar yang dinobatkan sebagai bandar pelancongan terbersih di Asia Tenggara. Semoga Muar kekal bersih dan menjadi contoh kepada bandar-bandar lain yang ada di Malaysia. Dan usaha ini tidak terletak kepada pihak pemerintah dan pentadbir daerah saja, tetapi seluruh rakyat Malaysia, Insha Allah.

Kenangan membesar di Muar, walaupun sekejap

Dapatlah juga melepaskan rindu pada Muar, tempat saya pernah dibesarkan suatu masa dahulu. Tempat yang saya ingat sebagai tempat yang rumah-rumah di sini, aerialnya tiggi-tinggi. Sampai sekarang aerial tinggi-tinggi masih ada. Ada budaya orang Muar-Johor yang masih melekat dengan kami adik beradik. Saya dan adik beradik membahasakan diri sebagai 'kita' sebagai kata ganti nama 'aku'. Muar juga tempat saya belajar naik basikal dan berjaya mengayuh dengan stabil untuk pertama kalinya sampai berdarah-darah lutut. Masa tu umur saya 5 tahun. Saya masih ingat sampai sekarang. Dan ada beberapa nama kawan sepermainan saya yang masih ingat namanya. Apa khabar la agaknya mereka sekarang. Barangkali semuanya sudah beranak pinak.

Saya juga masih ingat peristiwa saya jatuh dalam longkang depan rumah yang dipenuhi berudu. 

Walaupun saya dan keluarga duduk di Muar tidak lama kerana ayah saya bertukar untuk mengajar di Seremban, tetapi kenangan di Muar insha Allah tak luput di ingatan saya. Betullah orang cakap, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain. 


Singgah makan nasi beryani

Kami bergerak ke Melaka selepas check out jam 11 pagi. Dalam perjalanan ke hotel, kami singgah sekejap untuk makan tengahari di restoran nasi beriani gam. Saya dan anak makan nasi beryani gam ayam, suami makan nasi beryani gam kambing. Boleh tahan sedap juga. Kepada anda yang ke Melaka, boleh singgah makan di gerai ini. Harga untuk sepinggan nasi beryani  juga berpatutan.









Perut dah kenyang, kami bergerak untuk check in  di Hotel Arissa pula. Insha Allah saya akan kongsikan tentang hotel ini di entry seterusnya.

No comments:

Post a Comment