Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday, 23 July 2018

Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson

Hujung minggu lepas  
saya dan keluarga direzekikan
untuk menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort.




Kebetulan mak abah book satu
apartment 3 bilik.

Alhamdulillah memang muat
untuk kami semua seramai 9 orang
dewasa dan 3 kanak-kanak.

Bilik single room. Ada satu lagi bilik yang macamni

Apartment ni ada satu bilik master bedroom
yang mempunyai satu katil queen dan dua bilik lagi
yang masing-masing memuatkan dua katil super single,
satu dapur yang lengkap dengan sinki, peti ais, kabinet cumanya tiada dapur gas.

Kami bawa pressure cooker dari rumah untuk masak nasi. Cuma lauk pauk sahaja yang dibeli dari luar.


Master bedroom





Ruang tamu juga cozy ada set sofa, meja kopi,  televisyen beserta Astro Njoi dan meja makan yang agak  besar. Yang paling best sekali ada balkoni serta set meja kopi dan juga pemandangan yang sangat cantik.





Apartment ini keadaannya agak sedikit usang
mungkin kerana usianya yang sudah lama tapi jujur saya cakap,
alhamdulillah selesa menginap di sini.

Air cond sejuk, cuma pandai-pandailah adjust
sebab remote di apartment ini centralised dengan semua bilik. 

Petang-petang kami jalan ke pantai sampai melihat-lihat kawasan resort.
Kemas, bersih dan terjaga.

Di sini juga ada kolam renang khas untuk kanak-kanak
yang kedalamannya hanya separas lutut orang dewasa
dan juga kolam mandi untuk dewsa sedalam 9 kaki.

Untuk mandi kolam di sini tiada peraturan khusus untuk pakaian.

Tapi saya tak bawa anak saya mandi d sini kerana virus HFMD
dan chicken pox sedang merebak sekarang.








Pantai di sini tidak berapa bersih, ada banyak lumut
tapi saya dengar cerita pihak resort kerap juga buat operasi membersihkan pantai.




Kesimpulannya The Regency Tanjung Tuan Beach Resort
sangat sesuai dan selesa untuk percutian keluarga yang ramai.

Restoran, kedai makan dan kedai runcit pun tak jauh dari resort. Saya suka!
Tempahan secara online di Trip di link ini >>> The Regency Tanjung Tuan<<<




No comments:

Post a Comment