Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday, 29 August 2018

Jalan-jalan Johor: Pantai Tanjung Balau yang indah permai

Jalan-jalan Johor, Tanjung Balau Kota Tinggi.

Untuk trip jalan-jalan Johor,

kami memilih untuk menginap di Tanjung Balau

yang terletak di daerah Kota Tinggi.

Asalnya nak menginap di Desaru

tapi last minute kami mengubah perancangan ke Tanjung Balau.



Ini kali pertama saya jejak kaki ke Tanjung Balau.

Apa yang saya boleh katakan

Tanjung Balau merupakan sebuah kawasan yang tenang dan sunyi.

Tak sibuk dengan asap dan bunyi bising kenderaan.



Malam tu kami menginap di Bayu Balau Beach Resort,

keesokan harinya kami ke Pantai Tanjung Balau pula

melihat suasana matahari terbit.

Lebih kurang jam 8 lebih matahari dah mula naik.

Agak terik, panas dan silau.

Oleh kerana keadaan yang sebegitu rupa,

kami menghabiskan masa di Tanjung Balau

lebih kurang setengah jam saja memandangkan tidak berapa selesa.


jalan-jalan johor tanjung balau kota tinggi

Silap kami juga sebenarnya,

sepatutnya masa terbaik untuk berada di sana

ialah seawal jam 6.30 pagi supaya boleh nampak matahari terbit

dengan pemandangan langit yang kemerah-merahan.

Matahari pun tak berapa terik sangat.


jalan-jalan johor tanjung balau kota tinggi



jalan-jalan johor tanjung balau kota tinggi

Apapun, Pantai Tanjung Balau memang indah.

Kalau petang-petang, mengambil angin di sana

mesti syok dan best kan.

Malangnya tengahari tu kami dah check out

dan perlu bertolak untuk menghantar adik ipar ke Rapid Pengerang

seterusnya bertolak ke Johor Bahru pula. 



No comments:

Post a Comment