Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday, 30 August 2018

Jalan-Jalan Johor: Tanjung Pengelih, Pengerang

Jalan-jalan Johor: Tanjung Pengelih, Pengerang

Satu lagi tempat di negeri Johor

yang pertama kali saya jejakkan kaki.

Tanjung Pengelih terletak di daerah Pengerang.


Kalau tengok peta,

Tanjung Pengelih ni salah satu kawasan

yang berada di hujung negeri Johor.



Semasa perjalanan ke Pengerang,

nampak papan tanda tertulis Tanjung Pengelih

dan Tanjung Belungkor.

Sebelum sampai ke Rapid Pengerang,

abah ajak makan tengahari Tanjung Pengelih.



Wah syok ni, dapatlah saya tengok tempat-tempat

yang seumur hidup saya belum pernah pergi lagi.

Bukan setakat tak pernah pergi, saya belum pernah dengar nama tempat itu.

jalan-jalan johor tanjung pengelih pengerang


Padanlah orang cakap, dalam negara sendiri terlalu banyak tempat yang kita boleh terokai.






Tanjung Pengelih kelihatan seperti satu kawasan yang sunyi,

dan kepadatan penduduknya tidak ramai.

Menurut pembacaan saya,

Tanjung Pengelih ini merupakan pusat pemprosesan minyak mentah.

Padanlah saya tengok di kedai makan,

kebanyakan pelanggan yang makan di situ memakai baju khas keselamatan

untuk industri "oil and gas".


Tambahan pula Tanjung Pengelih

dekat dengan Rapid Pengerang, pusat pemprosesan minyak.

Rapid adalah singkatan kepada Refinery and Petrochemical Integrated Development. 



Kami makan di gerai makan yang berwarna hijau ini.

Lokasinya superb, boleh makan sambil cuci mata tengok pemandangan laut.






Dari kejauhan boleh nampak Singapura dan kapal-kapal kontena.

jalan-jalan johor tanjung pengelih pengerang




Selesai makan, hantar adik ipar pulang ke Rapid Pengerang,

kami pun bertolak ke Johor Bahru. 




No comments:

Post a Comment