Pengalaman menginap di Bayu Balau Beach Resort, Kota Tinggi Johor.
Saya dan keluarga baru saja pulang dari negeri Johor.
Sebenarnya ke sana kerana adik saya nak melawat suaminya yang bekerja di Rapid Pengerang.
Saya pun apa lagi, peluang bagus untuk sertai trip ini, lagipun dah lama sangat saya tak jejak kaki di Kota Tinggi.

Kami terjumpa Bayu Balau Beach Resort secara kebetulan.
Asalnya dah book resort lain.
Tapi bila nampak Bayu Balau Beach Resort rasa tertarik nak tengok sebab landscapenya yang cantik.
Bayu Balau Beach Resort terletak di Tanjung Balau, Kota Tinggi.
Tak jauh dari Desaru.
Penginapan di Bayu Balau Beach Resort ada dua jenis iaitu chalet dan hotel.
Kami pilih untuk menginap di hotel.

Kami minta nak tengok bilik dulu sebelum confirmkan tempahan.
Lepas tengok, terus suka dan terus setuju dan menginap di Bayu Balau Beach Resort.
Apa yang membuatkan kami suka resort ini ialah lokasinya yang bersebelahan pantai,
boleh nampak Laut China Selatan yang luas terbentang.
Antara sebab lain ialah konsepnya yang moden dan kemas serta landscape yang menarik.
Satu lagi perkara yang menarik di sini ialah resort ini mempunyai kolam mandi yang besar dan mempunyai gelongsor!
Rupa-rupanya kolam mandi resort ini dibuka juga kepada orang awam, dengan sedikit bayaran.
Masa kami sampai, kami nampak ramai juga orang awam yang tinggal di kawasan sekitar datang ke resort ini untuk mandi manda di kolam tersebut.
Bilik penginapan juga disusun atur dengan konsep moden.
Kami tempah bilik deluxe yang boleh memuatkan 4 orang, manakala adik saya dengan suaminya di bilik standard.
Semua kelengkapan disediakan seperti set cerek eletrik, cawan dan minuman 3 in 1,
televisyen lcd, tuala mandi, toiletries, peti ais, almari baju dan penyangkut baju juga disediakan.
televisyen lcd, tuala mandi, toiletries, peti ais, almari baju dan penyangkut baju juga disediakan.
Sarapan pagi
Untuk sarapan pagi, menu yang disediakan adalah nasi lemak, bubur nasi, roti bakar,
buah-buahan, kopi dan teh.
buah-buahan, kopi dan teh.
Overall saya suka Bayu Balau Beach Resort.
Bilik selesa, air cond sejuk, parking mencukupi, makanan ok dan mengenyangkan cuma dari segi pemandangan,
tak dapat tengok laut dengan jelas mungkin kerana kedudukan bilik yang terhalang oleh pokok-pokok besar.
Rancangan televisyen juga tidak berapa menarik tapi bab ni saya tak berapa kisah sangat sebab kami banyak duduk di luar bilik,
jadi memang tak sempat tengok televisyen pun.
Kami tak kisah, tapi orang lain mungkin kisah.
Selain tu, pihak resort perlu menyediakan air kosong selain kopi dan teh untuk sarapan pagi.
Yang lain semua ok. Saya bagi 4 bintang dari 5 bintang.
Untuk tempahan online anda boleh klik sini Klook-Bayu Balau Beach Resort.
Untuk tempahan online anda boleh klik sini Klook-Bayu Balau Beach Resort.
No comments:
Post a Comment