Ada apa di Pekan Port Dickson?
Semasa kami bercuti di PD Waterfront minggu lalu,
kami ada singgah sekejap di pekan Port Dickson untuk mencari makan malam.
Sempat jugalah pusing-pusing tengok apa yang ada di pekan Port Dickson.
Pekan Port Dickson bersebelahan dengan Lukut.
kami ada singgah sekejap di pekan Port Dickson untuk mencari makan malam.
Sempat jugalah pusing-pusing tengok apa yang ada di pekan Port Dickson.
Pekan Port Dickson bersebelahan dengan Lukut.
Pekan Port Dickson ni kira macam tumpuan untuk penduduk Port Dickson menyelesaikan urusan penting mereka kerana di sini ada banyak pusat pentadbiran
dan kemudahan awam seperti bank, pejabat daerah, pejabat ahli majlis, majlis perbandaran dan sebagainya.
Ada Jabatan Laut juga di sini. Di sini juga ada jeti untuk naik bot ke Dumai.
Saya jarang jejak kaki ke pekan Port Dickson. Selalunya kalau ke Port Dickson, akan terus ke menghala ke Telok Kemang atau Tanjung Tuan.
Di pekan Port Dickson juga ada beberapa restoran hipster dan unik.
Kalau anda bercuti di PD Waterfront
bolehlah pusing-pusing dan cari makan di pekan Port Dickson kerana jaraknya tak jauh pun, tak sampai 1 kilometer dari PD Waterfront.
Kalau anda bercuti di PD Waterfront
bolehlah pusing-pusing dan cari makan di pekan Port Dickson kerana jaraknya tak jauh pun, tak sampai 1 kilometer dari PD Waterfront.
Sejarah Port Dickson dan nama asalnya
Sesuai dengan namanya "Port", Port Dickson adalah sebuah pelabuhan kapal yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Nama asal Port Dickson ialah Tanjung yang diberi gelaran oleh masyarakat Melayu
manakala bangsa Cina dan India memanggil Port Dickson sebagai Arang
kerana ada sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arang dan membekalkan arang kepada kawasan di sekitarnya.
kerana ada sebuah pulau yang terkenal dengan pengeluaran arang dan membekalkan arang kepada kawasan di sekitarnya.
Semasa kami berada di PD Waterfront, kami boleh lihat dengan jelas Pulau Arang tersebut.
Pulau arang |
Oleh kerana Arang telah menjadi sebuah pusat perindustrian yang pesat membangun,
Sir John Frederick Dickson mewartakan Arang atau Tanjung
menjadi sebuah pelabuhan strategik dan pusat peranginan dan istirehat untuk pegawai dan peladang British.
Dan dari nama Sir John Frederick Dickson, Port Dickson mendapat namanya yang kekal hingga sekarang.
No comments:
Post a Comment