Apa yang menarik di PD Waterfront Port Dickson.
PD Waterfront terletak tak jauh dari pekan Port Dickson,
merupakan sebuah kawasan yang ditambak dan dibina untuk tujuan pelancongan dan perniagaan.
Hotel yang kami duduk semasa berada di Port Dickson baru-baru ni terletak di kawasan PD Waterfront,
Jadi kami yang berada di tingkat 9 boleh nampak dengan jelas suasana dan keadaan di PD Waterfront.

Restoran citarasa antarabangsa dan Restoran Makanan Segera
Di PD Waterfront terdapat banyak restoran makanan segera seperti Mc Donalds,
Kenny Rogers, Starbucks, Pizza Hut, Pappa Rich, restoran makanan Korea dan banyak lagi.
Terdapat juga sebuah pasaraya TF Value Mart. Kami sempat membeli belah di Value Mart.
Harga barangan yang dijual boleh tahan berpatutan.
Selain Hotel D'Wharf Serviced and Residence,
ada beberapa hotel berkonsepkan boutique hotel dengan harga yang sangat berpatutan tetapi selesa seperti Bayfront Hotel dan Waterfront Boutique Hotel.

Tempat tumpuan orang ramai semasa petang dan malam minggu
Suasana waktu petang dan malam terutamanya hujung minggu dan cuti umum sangat meriah.
Orang awam akan datang ke kawasan lapang berhadapan dengan Mc Donalds,
di hadapan pantai untuk beriadah bersama anak-anak.
Pengunjung boleh menyewa pelbagai peralatan dan permainan seperti bubble dan kereta sewa (seperti beca tetapi kayuh sendiri).

kawasan lapang berhadapan pantai yang selalu menjadi tumpuan orang awam di waktu petang dan malam |
Sungguhpun pantai di sini merupakan pantai buatan hasil aktiviti tambak, ia tetap menjadi lokasi yang menarik untuk pengunjung bersantai dan mengambil angin.
Khabarnya ada beberapa projek pembinaan lagi yang bakal dibuat di PD Waterfront dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment