Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday, 7 September 2018

Jalan-jalan Johor: singgah Muar makan mee bandung di Tanjung Emas

Dalam perjalanan ke Seremban melalui highway plus, tiba-tiba abah ajak singgah Muar.

Kami pun apa lagi, setuju saja. Maklumlah bukan senang dapat pergi Muar.

Selalunya kalau balik kampung kami di Yong Peng, akan direct terus melalui highway, tak singgah ke mana-mana.

Sebelum masuk bandar Muar, kami melalui kawasan Bakri dulu.

Sempat juga kami singgah Taman Bunga Raya.

Kami sekeluarga pernah menetap di Taman Bunga Raya selama beberapa tahun.

Memang nostalgia sungguh, tambahan pula saya masih ingat kenangan saya membesar di sana walaupun waktu itu saya baru berusia 5 tahun.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Emas.

Di sana ada medan selera yang menjual pelbagai jenis makanan termasuk mee bandung dan asam pedas.

Kalau dah singgah Muar, kenalah rasa dua makanan popular yang terkenal dalam masyarakat di Muar.


mee bandung muar tanjung emas

mee bandung muar tanjung emas

mee bandung muar tanjung emas


Mee bandung dan asam pedas , memang sedap.

Tak puas makan.

Patutlah orang cakap, rasa mee bandung di Muar tak sama dengan mee  bandung di negeri lain.

Lepas makan, jalan-jalan sekitar Tanjung Emas.

Waktu ni orang tak ramai mungkin sebab tengahari,

 Tambahan pula hari bekerja. Maka yang kelihatan ialah kelibat kami saja.


Anda boleh lihat betapa bersihnya kawasan ini. Lansung tak jumpa sampah.

Hairan,

Bagaimana PBT boleh jaga kebersihan hingga tahap cemerlang seperti ini.

Untuk pengetahuan, Muar dah beberapa kali dinobatkan sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara.

Tahniah saya ucapkan kepada PBT Muar.











Di hujung muara sungai. Beginilah pemandangannya, boleh nampak kawasan hutan paya bakau.








Pada pandangan saya, Muar memang terbaik. Kawasan yang tenang, damai, bersih, tiada sampah sarap bertaburan di sana sini, dengan berlatar belakangkan sungai Muar, sangat sesuai dijadikan destinasi percutian keluarga.

No comments:

Post a Comment