Menikmati Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil, Kampung Limbongan Melaka.
Cerita ini dah lama, masa saya dan keluarga datang ke Melaka dua bulan lepas. Sebenarnya kisah dia macamni. Masa trip saya dan keluarga ke sana kami datang dengan dua kereta. Entah macam mana , kereta yang saya naik denagn mak dan abah terpisah dengan kereta yang adik naik. Adik dengan suami dia pergilah ke Muzium Melaka. Manakala saya, abah dan mak pergi ke Pantai Klebang.
Saya memang teringin nak rasa kuih keria yang pernah viral dulu di media sosial. Sampai sekarang pun masih popular. Dengar khabar gerai kuih keria ni sampai beratur panjang orang nak beli.
Syukur sangat-sangat, tak sangka adik balik rumah tu dia bawa sekali kuih keria ni. Saya pun apalagi, tak lepaskan peluang merasa.
Memang sedap kuih keria Antarabangsa ni. Kuihnya tak berminyak yang berlebihan, tidak terlalu manis, isi padat dengan ubi keledek dan rasanya boleh diterima tekak. Saya tak suka sangat kuih yang terlalu manis dan bergenang dengan minyak.
Siapa-siapa yang nak datang jalan-jalan ke Melaka, mesti cuba kuih ni. Kalau nak elak beratur panjang, cuba datang seawal yang boleh sebaik saja gerai ini dibuka ok.
Mengikut maklumat yang saya dapat, gerai Kuih Keria Antarabangsa dibuka dari jam 11 pagi hingga 7 petang setiap hari kecuali hari Jumaat. Manakala hari Rabu mereka mula berniaga jam 12 tengahari.
No comments:
Post a Comment