Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday, 4 October 2018

Duyong Marina & Resort, resort di bawah pengurusan kerajaan negeri Terengganu

Duyong Marina & Resort, resort di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Terengganu.

Ada satu resort di Terengganu yang menarik perhatian saya. 

Dua sebab mengapa saya tertarik dengan resort ini.

Pertama kerana resort ini merupakan salah satu resort
yang berada di bawah pengurusan
Kerajaan Negeri Terengganu.

Yang kedua kerana suasana persekitarannya
yang kelihatan damai, tenang, ekslusif dan romantik. 

Duyong Marina Resort terletak di Pulau Duyong, Terengganu. 
Menjadi tumpuan semasa event monsoon cup. 

Pulau Duyong sememangnya menjadi lokasi penganjuran monsoon cup yang diadakan setiap tahun.

 Acara sukan perahu layar untuk Sukan Sea 2017  tahun lalu  juga diadakan di Pulau Duyong. 


Gambar-gambar di bawah saya perolehi dari laman web rasmi duyongmarinaresort.com.


Bila tengok gambar, tertarik sungguh melihatnya. 

Teringinnya nak menginap di sini. 

Insha Allah satu hari nanti jika direzekikan Allah. 




Hasil carian maklumat yang saya perolehi, harga untuk menginap di resort ini agak berpatutan.

Tidak terlalu mahal,

tetapi mampu menawarkan percutian 
yang selesa dan mewah kepada pengunjung.







Antara penginapan yang ditawarkan ialah penginapan
 jenis deluxe, executive deluxe,
executive suite, royal suite dan duplex. 

Selain penginapan, pelbagai kemudahan disediakan di sini.

Antaranya bilik seminar dan mesyuarat yang boleh
 disewa oleh orang awam, gymnasium, wifi,
spa dan restoran.

Alamat: 

Pulau Duyong
21300, Kuala Terengganu
Terengganu

email: hotline@duyongmarinaresort.com
tel: 09 6277888
fax: 09 6277878


No comments:

Post a Comment