Beberapa hari lepas viral di FB tentang salah satu pokok hujan-hujan atau nama saintifiknya Samanea Saman yang terdapat di Taman Tasik Taiping tumbang disebabkan angin kuat dan juga kerana faktor usia pokok ini yang sudah terlalu tua serta kemungkinan mempunyai penyakit di bahagian akarnya.
Pokok ini berusia lebih kurang 135 tahun.
Ditanam sekitar tahun 1880 oleh pegawai British di sekitar Taman Tasik Taiping. Ada hampir 100 pokok dari spesies yang sama ini dan sebenarnya sejak dulu lagi dah ada pokok hujan-hujan yang tumbang sebelum ini.
Saya sebagai orang yang kerap datang ke Taman Tasik Taiping sedikit sebanyak berasa sedih kerana pokok ini dengan usianya yang tua pastinya mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.
Deretan pokok besar ini di sepanjang jalan dan dahan-dahannya yang mencecah permukaan tasik
menyerlahkan suasana yang unik, redup dan hening di sekitar Taman Tasik Taiping
Saya sempat melihat page Majlis Perbandaran Taiping Antara cara memelihara pokok ini ialah, pengunjung dinasihatkan dengan tegas supaya jangan duduk dan memijak di atas dahan pokok hujan-hujan.
Yang menariknya, maklumat yang saya perolehi dari Majlis Perbandaran Taiping, semua pokok hujan-hujan di Taman Tasik Taiping disenaraikan dalam inventori dan mempunyai id masing-masing.
Apapun syabas saya ucapkan kepada pihak Majlis Perbandaran Taiping yang berterusan membuat usaha pemuliharaan pokok ini, di samping usaha menanam semula pokok yang tumbang dengan pokok yang baru dari spesies yang sama dengan cara transplant.
sumber FB Sinar Harian |

sumber FB Majlis Perbandaran Taiping |

No comments:
Post a Comment