Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday, 11 November 2018

5 hotel berhampiran Bangi Wonderland

Haa cuti sekolah tak lama lagi. Sebagai orang tempatan di Bukit Mahkota yang sangat dekat dengan Bangi Wonderland Themepark & Resort, saya nak kongsikan hotel yang ada di sekitar sana. 


Dekat tu maknanya betul-betul dekatlah. 

Kalau cari di apps hotel biasanya mereka senaraikan hotel-hotel yang ada di sekitar tapi belum tentu dekat. Ada yang jauh nun di Teras Jernang. 

Selalunya orang luar yang tak biasa dengan kawasan ini akan tersilap tempah hotel yang jauh. 

Jadi saya dengan rendah hati nak bantu anda yang sedang cari penginapan yang betul-betul dekat dengan Bangi Wonderland.

Saya perasan semakin banyak hotel dibina di tempat saya. 

Lokasi hotel-hotel ini pun sangat strategik, dekat dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung

1. Le' Venue Hotel

Haa yang ni memang lokasinya betul betul berhadapan Bangi Wonderland. 

Anda buka tingkap je nampak Bangi Wonderland. 

Hotel ni agak premium kerana bertaraf 4 bintang. 

Yang menarik hotel ini mereka ada banyak jenis bilik termasuk bilik family. Sesuai sangat untuk keluarga.






Bilik dia nampak mengancamla. Macam macam kemudahan ada di sekitar hotel ni tau. Starbuck pun ada🤭. Mall sebelah je. Restoran bersepah. 

Untuk tempahan online klik sini Le Venue Hotel


2. Bangi Avenue Hotel



Hotel ini bertaraf hotel budget tapi tetap selesa. 

Saya berpengalaman menginap di sini. 

Semua kemudahan disediakan termasuk wifi, televisyen skrin rata, set minuman panas dan kettle, sofa, meja tulis. Bilik airnya pun bersih. 

Tiada sarapan pagi disediakan tapi anda boleh cari makan di sekitar kedai-kedai yang ada berhampiran hotel. 

Speedmart pun tak jauh dari hotel. 

Outlet Mynews ada di bawah hotel. Pasaraya pun ada, hanya berjarak 500 meter saja dari hotel.


Tempahan di link ini >>>Avenue Bangi Hotel<<<



3. Loft Plaza Hotel



Hotel ini baru saja dibuka. Jarak dari hotel dengan Bangi Wonderland tak sampai 1 kilometer. 

Hotel ini strategik sebab bawah hotel ada kedai mamak, kedai dobi. 

Selang beberapa kedai ada butik tudung dan restoran. 

Hotel ini brtaraf budget, sangat selesa dan berkonsep moden. 

Saya pun tertarik nak menginap di sini. kalau nak pergi Tesco, sangatlah dekat. Lebih kurang 500 meter saja dari hotel.

Tempahan di link ini >>>The Loft Plaza Hotel<<<



4. Yootel Boutique Hotel



Hotel ini juga baru dibina. 

Terletak dalam kawasan yang ada banyak kedai makan, ada kedai dobi, klinik dan convenience store.

Tesco pun tak jauh dari hotel. 

Saya ada tengok jenis-jenis bilik yang ditawarkan, ada bilik yang boleh memuatkan lebih dari dua orang.


Tempahan di link ini >>> Yootel Boutique Hotel<<<


5. My Hotel Bandar Sri Putra



Hotel ini terletak di Bandar Sri Putra. 

Lokasi yang strategik di mana banyak kedai makan, farmasi,  restoran makanan segera, pasar malam. 

Nak ke kedai-kedai ini anda boleh berjalan kaki saja. 

Untuk ke Bangi Wonderland juga tak jauh. Jaraknya tak sampai 1 kilometer. 


Tempahan di link ini >>> My Hotel Bandar Seri Putra <<<


Untuk pembelian tiket masuk ke Bangi Wonderland klik link ini >>>>Tiket Bangi Wonderland<<<

No comments:

Post a Comment