Semasa kami berada di Lumut, kami menginap di Hotel Brezza. Hotel ini terletak tidak jauh dari Lumut Waterfront dan Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Dan hotel ini juga terletak berhadapan dengan laut. Hotel Brezza ada beberapa cawangan lain antaranya di Sitiawan.
Saya pilih bilik family seaview. Bilik family seaview boleh nampak pemandangan laut.
Bilik ini dilengkapi dengan televisyen skrin rata, air mineral dan cawan. Kettle tidak disediakan tetapi mereka menyediakan coway di luar bilik. Toilet dan bilik bersih. Kelengkapan nampak baru, disusun dengan teratur dan kemas.
Hotel ini strategik. Tak jauh dari kedai mamak, KFC, Speedmart dan kedai runcit.
Kalau nak pergi beli cenderahati, produk hasil laut, boleh jalan kaki saja. Ada gerai yang dibuka pada waktu malam. Kiranya kawasan berhampiran hotel ini agak meriah pada waktu malam.
Untuk pengunjung yang mencari hotel untuk transit sementara sebelum ke Pulau Pangkor, hotel ini sangat sesuai untuk anda. Selain selesa, harganya juga berpatutan.
No comments:
Post a Comment