Minggu lepas (awal bulan Disember 2018), saya dan keluarga bercuti di Lumut dan Teluk Intan selama 3 hari 2 malam.
Kenapa pilih Lumut dan Teluk Intan? Sebenarnya sebelum ni ikut perancangan nak pergi ke Terengganu atau Mersing.
Tapi disebabkan musim tengkujuh di sebelah Pantai Timur, kami tukar perancangan ke Lumut. Lagipun dah lama juga tak ke sana.
Dari Bangi ikut lebuhraya plus dan exit Sungkai. Untuk ke Lumut, ada banyak laluan ke sana. Salah satunya melalui Sungkai.
Jauh juga ya perjalanan dari Sungkai nak ke Lumut. Memakan masa dua jam juga. Sepanjang perjalanan menempuh pemandangan sawah padi dan ladang kelapa sawit.
Kami menginap di Hotel Brezza. Terletak berhadapan laut, tak jauh dari Lumut Waterfront. Di Lumut, antara kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung ialah berhampiran Lumut Waterfront. Lumut Waterfront ini terletaknya jeti untuk ke Pulau Pangkor.
Ada satu lagi jeti untuk ke Pulau Pangkor iaitu Jeti Marina.
Pengunjung atau pelancong yang datang ke Lumut biasanya mahu ke Pulau Pangkor. Tak jauh dari Lumut ada satu lagi lokasi tumpuan pelancong iaitu Telok Batik.
Di sini juga pengunjung boleh mendapatkan produk hasilan laut seperti ikan bilis mata biru.
Di tepi-tepi jalan ada banyak gerai menjual produk hasil laut. Ada juga deretan gerai yang enpat hanya dibuka pada waktu malam. Selalunya bussiness traveler datang ke Lumut untuk mendapatkan stok ikan bilis dan produk hasilan laut yang lain.
Lepas check in hotel,petang tu kami ke Dataran Lumut Waterfront. Di sana ada gerai menjual makanan, playground dan bangku untuk bersantai ambil angin laut.
Dah puas bergambar dan ambil angin di Lumut Waterfront, kami ke Manjung untuk ke shopping mall, cari makan dan beli cable charger yang baru untuk handphone.
Manjung juga tak jauh dari Lumut. Jarak lebih kurang 15-20 minit.
No comments:
Post a Comment