Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday, 22 December 2018

Keindahan pemandangan sawah padi di Tanjong Karang Selangor

Keindahan pemandangan sawah padi di Tanjong Karang, Selangor


Sema kami bercuti di Kuala Selangor bulan November yang lalu, saya ajak suami ke kawasan yang ada di sawah padi. Lagipun waktu ini waktu padi sedang menghijau.


Untuk melihat kawasan sawah padi,  kami perlu bergerak keluar dari Kuala Selangor kerana Kuala Selangor tiada kawasan sawah padi. Daerah bersebelahan seperti Tanjong Karang dan Sekinchan ada.

Sampai-sampai saja kawasan yang ada sawah padi luas terbentang. Suami saya cepat-cepat masuk ke simpang dan berhenti di bahu jalan.






Masya Allah, cantik sungguh. Saujana mata memandang. Tenangnya melihat pemandangan sebegini. Tambahan pula memandang perkara-perkara yang indah dapat memberi kedamaian pada jiwa.










Sawah padi sebelah kanan kami belum dituai. Manakala di sebelah kiri pula sudah dituai dan petak-petak sawah padi yang sudah dituai sedang dibakar.



No comments:

Post a Comment