Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday, 18 June 2020

Pengalaman menginap di Hotel Mega View Kuantan

Saya nak share pengalaman saya dan keluarga bermalam di Hotel Mega View Kuantan. 

Untuk pengetahuan pembaca, hotel ini merupakan salah satu hotel yang masuk dalam wish list saya untuk bermalam. 

Dah lama pasang niat untuk bermalam di hotel ni.
Pernah dulu kami datang Kuantan semasa tahun 2018, nak bookla hotel ni. Tengok- tengok, sold out. Dan khabarnya setiap hujung minggu atau cuti sekolah memang memanjang  penuh.








Alhamdulillah awal cuti sekolah bulan 3 haritu, direzekikan menginap di sini. Saya book bilik standard, lagipun harga bilik standard ni sesuai dengan kapasiti dan kemampuan kami. 

Untuk family yang ramai ada bilik lebih besar ditawarkan, harganya mahal sedikit dan pemandangannya superb, mengadap sungai Kuantan. 

Saya sebenarnya pun dapat agak bilik saya ni tak mengadap sungai Kuantan. Saya cubala request staff di kaunter reception. Alhamdulillah, dia kata dia bagi bilik yang boleh nampak sungai dan bandar Kuantan. Memang cantik pemandangannya. 

Teringat Muar Traders Hotel. View Muar Traders Hotel pun cantik macamni, mengadap sungai Muar.










Bilik yang kami dapat ni agak kecil. Takde balkoni. Tapi ok je. Bukannya nak duduk lama-lama. Esoknya tu kami dah bertolak balik Bangi. Walaupun kecil, puas hati sebab biliknya bersih, amenities semua complete, view dari bilik superb. Suasana bilik ceria. Toilet bersih. Almari baju, hanger, kettle semua ada.

Jujur kata tak puas sebenarnya sebab kami bercuti dalam keadaan tergesa-gesa sebab waktu tu kerajaan dah umumkan PKP akan bermula pada malam esoknya. Jangan salah sangka, sewaktu kami dah sampai di Kuantan, kerajaan belum umumkan apa-apa lagi. 

Bayangkan siap plan nak pergi Terengganu tapi terpaksa batalkan sebab PKP akan bermula tepat jam 12 malam keesokan harinya.

Lagipun waktu tu bandar Kuantan agak sedikit muram dan sunyi. Tidak macam semasa kami datang tahun 2018 dan 2019. Taman permainan yang tak jauh dari hotel pun takde orang. 

Waktu kami datang dulu meriah, orang ramai sangat. Yelah maklumlah waktu ni Covid-19 sedang merebak. Orang tak berani dan takde mood nak lepak-lepak di tempat awam.

Boleh booking secara online di Trip.com di sini Mega View Hotel

Insha Allah ada rezeki nak repeat menginap di sini. 

Inilah coretan kenangan kami bercuti semasa PKP 2020 hendak bermula. Nanti boleh cerita pada anak cucu.

1 comment: