Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday, 22 January 2023

Pengalaman menginap di Hotel Casa Bonita Melaka

Ini post tertunggak.  Sebenarnya moment menginap di Hotel Casa Bonita ni pada penghujung tahun 2021. Tapi takpelah nak cerita jugaklah. Masa mula mula nak book hotel ni rasa hesitate juga sebab dengar banyak cerita tak best. Lokasi pun terletak bukan betul betul di tengah bandar Melaka. Fikir punya fikir saya proceed jugalah. Ini review saya tentang Hotel Casa Bonita.




Proses check in laju. 

Parking: Parking terletak di bahagian underground hotel. Masa kami pergi ada event so kawasan parking takla sunyi. Tak silap boleh juga parking di tepi tepi hotel tapi tu pun limited. 


Kebersihan : Sederhana. Puas hati dan tiada complaint dari kami.


Keluasan bilik:. Luas. Ada katil queen dan single. Memang cukup untuk kami berempat. Walaupun dah bawa tilam angin lastly tak pakai pun tilam angin tu. Saya beli tilam angin di sini Tilam angin Intex.


Tandas: bersih dan amenities cukup.


Fridge dan kelengkapan buat air: Puas hati semua cukup. Yang best depan bilik kami ada water filter. 


Tv dan chanel: ok je semua. Siaran terang tapi tak ingat chanel apa yang ada 😂.


Breakfast: tiada disediakan kerana renovation cafe waktu tu.


Swimming pool: jauh sikitlah kena menapak. Kami memang tak pergi sebab anak tak minat swimming pool. 


Kelebihan: betul betul berdepan hotel ni ada food dining area yang popular nama Warung Hajah Robiah. Pagi tu saya nampak banyak betul kereta parking tepi jalan. Tapi kami tak turun pun. 


Kekurangan: jauh sikit dari bandar Melaka tapi jangan risau dia tak terlalu jauh pun. Dari bilik kami tu boleh je nampak bandar Melaka, cuma nak pergi ke tempat menarik kena drive lah. 






















Pemandangan dari bilik dan warung yang orang cakap popular tu. 





Overall saya suka hotel ni dan berpuas hati. Boleh repeat lagi kalau ada rezeki. 

Kalau nak book online, boleh book di Tripdotcom di link ni Casa Bonita Hotel, atau di Shopee Casa Bonita

Untuk book tiket masuk ke tempat tempat menarik di Melaka boleh beli di sini Tiket Destinasi Menarik Melaka.


No comments:

Post a Comment